Demo Site

Friday, November 19, 2010

The Sunset's

Hai..pertama sekali, saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kerana melawat dalam blog Demilente ini. Untuk pengetahuan semua DEMILENTE pada mulanya adalah dalam bahasa Spanish 'De Mi Lente' bermaksud 'From My Lens'. Post kali ini memaparkan koleksi 'sunset' ataupun dalam Melayunya Senja dari berlainan tempat.


'KLIK PADA GAMBAR UNTUK MELIHAT KUALITI YANG LEBIH BAIK' 

Gambar di atas diambil di Tg. Aru, Beach 1, Kota Kinabalu, Sabah dan juga merupakan sebahagian daripada gambar pada post blog yang pertama 'First Portraiture Glam Shoot Outing With Ms Amanda & Ms Ryita Ryan'. Gambar ini telah menarik minat saya untuk menjadikannya sebahagian pengalaman fotografi saya ekoran oleh 'tone' pemandangan ini, ditambah lagi dengan kedudukan matahari yang berada di belakang pulau tersebut. Pada pendapat anda, adakah gambar ini masih boleh dikategorikan sebagai SENJA??




'KLIK PADA GAMBAR UNTUK MELIHAT KUALITI YANG LEBIH BAIK'

  Gambar senja di atas telah diambil di pantai Kg.Pimping, Membakut, Sabah yang juga merupakan tempat kelahiran saya sendiri kerana jarak antara pantai ini tidak melebihi dari 3km dari kediaman saya, maka tidak menjadi masalah untuk saya mengambil 'scenic' senja ini. 'R.O.L' dari matahari telah menarik minat saya untuk mengambil scenic ini ditambah dengan 'Silhouette' penduduk yang sedang mencari nafkah di pantai tersebut.



'KLIK PADA GAMBAR UNTUK MELIHAT KUALITI YANG LEBIH BAIK' 

Jalan Darat Kg. Bingkulas, Membakut merupakan tempat scenic ini diambil. Kawasan scenic ini merupakan kawasan sawah padi di daerah Membakut. Petang yang amat membosankan telah mendorong saya untuk melihat scenic senja di kawasan ini dan ternyata tidak mengecewakan saya kerana kawasan ini memang menarik apabila waktu senja, ditambah dengan silhouette pepohonan kelapa yang bersebelahan dengan matahari amat menarik minat saya untuk mengambil scenic ini. Ada yang menyatakan bahawa tempat ini juga cantik sewaktu matahari terbit.



'KLIK PADA GAMBAR UNTUK MELIHAT KUALITI YANG LEBIH BAIK'

SMK Padang Berampah, Sipitang adalah tempat scenic ini diambil.Cahaya matahari telah menarik pandangan saya terhadap scenic ini, matahari yang seakan terbenam oleh awan selepas hujan telah memberikan saya inspirasi untuk menangkap gambar ini..



'KLIK PADA GAMBAR UNTUK MELIHAT KUALITI YANG LEBIH BAIK' 

Gambar di atas merupakan senja yang bersih yang mana tiada awan mahupun objek lain yang melindunginya. Bentuk matahari ternyata bulat walaupun sinarannya kekadang menyilaukan mata. Namun dengan adanya kamera, semuanya boleh terjadi. Bentuk matahari yang jelas dan nyata telah menarik minat saya terhadap scenic ini.


Saya berharap agar mendapat tunjuk ajar daripada anda semua dalam bidang fotografi ini, sebarang pertanyaan boleh di kemukakan sama ada pada 'ShoutMix' ataupun melalui 'comment' yang tertera pada setiap blog post.

1 comments:

YaTTie said...

cantik ni pict...thums up..

Post a Comment

Followers

Music Is My Life

..

S.B.S.O.S